Program Penyuntingan Visual Tvpss : Kreatif Dengan Capcut Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perlis Di Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Perlis.

14 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 & 14 Ogos 2025, telah berlangsung Program Penyuntingan Visual Yang Dianjurkan Oleh Guru Perpustakaan Dan Media Negeri Perlis melibatkan 24 buah sekolah seluruh negeri Perlis dan 96 orang pelajar yang hadir. Program ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Perlis pada jam 09:00 pagi sehingga 1:00 petang.

Program ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan tentang penyuntingan video menggunakan CapCut. CapCut ialah satu aplikasi yang digunakan untuk mengedit gambar dan video. Di program ini para pelajar dapat belajar dengan lebih mendalam mengenai aplikasi CapCut seperti mengetahui prosedur rakaman videografi. Para pelajar diberikan tugasan membuat video kemerdekaan yang menggunakan prop “ iklan Merdeka” berdurasi 1 minit. Pada hari kedua, para pelajar belajar suntingan asas video CapCut dan menambahbaikkan video sebelum dihantar kepada juri. Penilaian dibuat oleh pihak juri bagi memilih 5 video terbaik. Program ini memberi pendedahan asas kepada murid sekolah rendah tentang teknik penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut. Menggalakkan kreativiti murid dalam menghasilkan kandungan video yang menarik dan bermakna. Meningkatkan kemahiran literasi digital selaras dengan perkembangan teknologi media. Memupuk keyakinan murid untuk berkongsi idea melalui medium visual. Selain itu, pelajar dapat memupuk semangat patriotisme melalui penghasilan kandungan media digital.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan pelajar sekolah, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali